MODUL
PENGAJARAN KREATIF MELALUI EMPAT FASA TERARAH
Guru
pelatih Pendidikan Islam sekolah rendah telah disarankan untuk menggunakan
model ini semasa proses P&P mereka. Model
diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif.
Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat
ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan
kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang.
Modell Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah
ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri
daripada empat fasa, bermula dengan Fasa
Persediaan, diikuti dengan Fasa
Imaginasi, seterusnya Fasa
Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa
Tindakan.
FASA
PERSEDIAANbermula dengan pemerhatian sehingga
proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara
sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh
melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.
Kemahiran
|
Indikator
|
Pemerhatian
Membuat pemerhatianaktif untuk mengumpul
maklumat
|
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau
Menumpukan pemerhatian kepada objek,
perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh
Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen
atau spesimen yang sesuai
Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen
atau spesimen dengan betul
Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur
yang sesuai
Mengenal pasti ciri objek, situasi atau
fenomena dengan tepat
Mendapatkan makna dengan betul
Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena
sekeliling yang berkaitan
|
Analisis
Menganalisis maklumatdengan menghuraikan
bahagian kepada yanglebih kecil bagi
memahami sesuatu
|
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan
dengan betul
Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria
tertentu
Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria
tertentu
Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu
Mengesan sebab berdasarkan maklumat
berwibawa
Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
Mengimbas kembali idea.
Mencari banyak bukti yang diterima dan
disokong berdasarkan fakta dan maklumat
|
Dalam FASA
IMAGINASI, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan
menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis
idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan.
Kemahiran
|
Indikator
|
Penjanaan
idea
Menghasilkan idea yangberkaitan dengan
sesuatu perkara
|
Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang
mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik)
Menghasilkan idea secara berterusan
Menghasilkan idea yang bermakna
Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak
berdasarkan maklumat yang ada
|
Sintesis idea
Menggabungkanmaklumat yangberasingan
untukmenghasilkan danmemilih sesuatu
|
Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan
dan membina tajuk.
Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –
lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik,
lagu, karangan, laporan dan lakaran
Menentukan maklumat diperoleh mencukupi
dan memastikan sama ada maklumat
tambahan diperlukan
Membuat keputusan tentang sintesis akhir
Membincang kebaikan atau kelebihan dan
keburukan atau kekurangan yang menjurus
kepada keputusan akhir
Mencabar dan menilai maklumat baharu yang
diperoleh sama ada memerlukan tindakan
susulan atau diketepikan
Membuat refleksi yang berterusan
|
Seterusnya dalam FASA PERKEMBANGAN, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu
dijalankan sebelum penilaian terakhir.
Kemahiran
|
Indikator
|
Penambah
baikan
Membuatpenambahbaikanuntukmengembangkan
ataumempelbagaikan
sesuatu idea untukmeningkatkan mutuatau keindahan
hasilkarya atau ciptaan
|
Menokok tambah idea
Mengubah suai idea
Memberi pelbagai penerangan rasional
tentang idea
Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan
tugasan
Memberi pelbagai kategori atau aspek
|
Menilai
Membuatpertimbangan tentangsesuatu perkara
|
Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau
menolak idea
Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan
dan keburukan, kelebihan dan kekurangan
berdasarkan bukti atau alasan tertentu
Membuat wajaran dengan betul
Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau
fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh
perasaan atau prasangka
|
Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak
bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang
dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu
untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui FASA TINDAKAN ini, kreativiti menjadi
amalan berterusan.
Kemahiran
|
Indikator
|
Pelaksanaan
Menyampaikan danmempersembahkan
idea atau menghasilkanprototaip
|
Menghuraikan idea kepada butiran atau
bahagian yang lebih kecil dan khusus
Menyusun idea secara tersusun dan
mudah difahami
Menghasilkan idea tidak sama dengan
orang lain, idea tidak seperti yang biasa
dan idea yang belum ada atau frekuensi
ideanya kecil
|
Amalan
berterusan
Peka kepada perkara disekeliling dan menjana
idea untuk berkreatif
|
Peka
kepada perkara di sekeliling
Membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti masalah, kesilapan dan
kelemahan
Mempraktikkan proses kreatif untuk
menghasilkan idea baharu secara
berterusan
|
Dalam membangunkan kreativiti, terdapat
beberapa strategi P&P yang sesuaidiaplikasikan oleh guru. Antara strategi
P&P yang boleh digunakan ialah:
Konstruktivisme
Inkuiri penemuan
Pembelajaran berasaskan masalah
Membuat keputusan
Pembelajaran berasaskan projek
KONSTRUKTIVISME adalah satu fahaman di mana individu atau murid membina pengetahuan dengan sendiri.
1)
Lima prinsip utama dalam konstruktivisme iaitu 5 Es. Engege(melibat),
explore (meneroka), explain ( menjelas), elaborate (mengembang) dan evalute (menilai).
2)
Fungsi utama guru ialah sebagi pemudah cara pembelajaran, guru merancang
dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi
pengalaman pembelajaran yang dihajati.
3)
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran
model konstruktivisme:
Fasa persediaan : Orientasi idea
berasaskan pengetahuan sedia ada.
Fasa Imaginasi :
Penstrukturan idea, meneroka, menjelas dan
konstruk idea baru.
Fasa perkembangan: Penjelasan
lanjut dan aplikasi idea
Fasa tindakan : penilaian, kaji semua perubahan idea.
INKUIRI
PENEMUAN
1) Prinsip asas model ini ialah murid bekerja
sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran pembelajaran
yang menekankan penyoalan.
2)
Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid mengkaji
hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya membuat kesimpulan.
3)
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model
Inkuiri penemuan:
Fasa persediaan : memerhati,
menciri,mengelas dan menyoal
Fasa Imaginasi :
meneroka, merancang, meramal dam membuat
hipotesis.
Fasa perkembangan: menguji
hipotesis
Fasa tindakan :
membuat kesimpulan, melapor, dokumentasi dan
mentaksir.
BERASASKAN
MASALAH
1)
Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan
dengan kehidupan sebenar kepada murid.
2)
Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai jenis
penyelesaian boleh diperolehi.
3) Perkaitan proses kreatif terarah dalam
pengajaran dan pembelajaran model berasaskan masalah:
Fasa persediaan : Mengenal pasti masalah dan menjelaskan masalah.
Fasa Imaginasi : Mencari
alternatif penyelesaian
Fasa
perkembangan: Melakukan operasi dan
menilai penyelesaian
masalah.
Fasa tindakan : membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.
MEMBUAT
KEPUTUSAN
1)
Model ini melibatkan murid dalam sesuatu situasi berkaitan seharian di
mana dia perlu membuat pilihan yang paling baik.
2) Perkaitan proses kreatif terarah dalam
pengajaran dan pembelajaran model Membuat keputusan
Fasa persediaan
: mengumpul maklumat, mengenalpasti
matlamat
dan
mengenal pasti alternatif.
Fasa Imaginasi :
meramal, menyusun alternatif dan memilih
alternatif.
Fasa perkembangan: menilai
alternatif yang dipilih
Fasa
tindakan : membuat keputusan dan
membuat rumusan.
PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
1)
Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar
dalam menghasilkan sesuatu
projek.
2)
Model ini melibatkan murid dalam menyelesaikan masalh,menyiasat dan membina pengetahuan sendiri
dalam menghasilakn produk yang realistik.
3)
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model
Pembelajaran berasaskan projek:
Fasa persediaan : tinjauan
berfokus, berstruktur dan penyoalan
Fasa Imaginasi : meneroka, merancang dan meramal
Fasa
perkembangan: meneroka, mencari maklumat
dan membuat
prototaip.
Fasa tindakan :
menganalisis maklumat, merumus, mentaksir,
melapor
dan dokumentasi.
Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam
P&P, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi,
perkembangan dan tindakan.
Fasa
Terarah
|
Fokus Guru
|
Fokus Murid
|
Contoh
soalan/
Rangsangan/Penaakulan
|
Persediaan
|
Mewujudkan
kesedaran, minat
dan perasaan ingin
tahu murid.
Menyediakan
situasi/konteks
pembelajaran yang
bermakna.
Mengenal pasti
tahap kefahaman
murid.
Mengesan
miskonsepsi/salah
tanggap yang
wujud.
|
Membuat
pemerhatian secara
aktif.
Menyampaikan idea
individu.
Menghubung kait
pengalaman sedia
ada dengan
pengalaman baru.
Menyediakan minda
murid untuk aktiviti
dan tugasan akan
datang.
Orientasi idea,
pengetahuan dan
pengalaman.
|
Apakah yang dimaksudkan
dengan…?
Beritahu secara lanjut
tentang..?
Apa yang buat anda berfikir
sedemikian..?
Bagaimana anda pasti?
Bagaimana anda mendapat
idea sedemikian?
|
Imaginasi
|
Menyediakan
situasi yang lebih
berfokus supaya
murid dapat
menjana idea.
Menyediakan
pengalaman untuk
sesuatu konsep
atau pemahaman.
Meneroka dan
menyiasat soalan
murid.
Menguji dan
membahaskan idea
murid.
Mengemukakan
soalan/masalah
untuk mencetus
dan menjana idea
murid.
Mencungkil idea
murid dan
membanding beza
idea mereka.
Memperkenalkan
alat berfikir yang
sesuai.
Membina pelbagai
bentuk penjelasan
berdasarkan bukti
yang dikumpul.
Membandingkan
penjelasan
murid/kumpulan.
|
Melibatkan secara
langsung dengan
fenomena/bahan/
konsep/alat.
Membangunkan asas
pengalaman bagi
sesuatu konsep/
fenomena.
Membina idea baru.
Membina asas
kepada pengalaman
yang selari untuk
membantu mereka
dalam proses
perkongsian dan
berkomunikasi.
Mentafsir maklumat/
bukti dan
menjelaskan konsep/
fenomena/idea.
|
Bagaimana anda akan..?
Bagaimana anda boleh..?
Apa anda akan buat jika..?
Bagaimana anda tahu jika..?
Apa yang diperlukan untuk
tahu lebih lanjut tentang...?
Mengapa anda
menggunakan kaedah/
cara/teknik tersebut?
Bagaimana anda dapat idea
tersebut?
|
Perkembangan
|
situasi/konteks baru
untuk menguji
kefahaman
|
Membina semula dan
memberi penjelasan
lanjut /kefahaman
dalam pelbagai mod
(bertulis, grafik, peta
minda dll).
Membuat hubung
kait pelbagai konsep
yang berkaitan.
Aplikasikan
pemahaman dengan
aktiviti harian.
|
Bagaimana anda
mengesahkan/
membuktikan…?
Apa akan berlaku jika…?
Apa lagi yang perlu
diketahui..?
Apa lagi yang mungkin perlu
dilakukan untuk
memastikan…?
|
Tindakan
|
Menggunakan
pelbagai bentuk
pentaksiran
terhadap
perubahan
kefahaman,
kemahiran dan
sikap...
|
Menyelesaikan
tugasan.
Mempersembahkan
hasil akhir tugasan
dalam pelbagai
bentuk.
Membuat penilaian
dan refleksi tentang
pembelajaran dan
kefahaman serta
kemahiran baru.
|
Apakah cara lain untuk
mempersembahkan hasil
tugasan anda/ saya?
Adakah anda/saya berpuas
hati dengan hasil kerja
anda/saya?
Apakah kemahiran/
pengetahuan baru yang
anda/saya peroleh?
Adakah cara lain untuk
menyelesaikan
masalah/tugasan anda/
saya?
|
INDIKATOR
KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Melalui perbincangan, penggabung jalinan
ilmu dalamPendidikan Islam dan dengan disiplin ilmu yang lain, murid:
Mengaplikasikan pemahaman kandungan danpengajaran dalam ayat
Al-Quran.
Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu kifayahdalam kehidupan
harian, menyelesaikan masalah danmembuat keputusan.
Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalamkehidupan semasa
daripada sirah Rasulullah s.a.w.
Menghasilkan
tulisan jawi dan khat, danmengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj,
buku skrap, folio, jahitan dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment