SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SELAYANG BARU
SJK (C) Selayang Baru
ditubuhkan pada 1974. Pada awal penubuhannya, jumlah murid adalah seramai 288
orang serta 8 orang guru dan guru besar. Dua tahun selepas itu, berikutan
pertambahan bilangan pelajar, sekolah ini terpaksa meminjam kelas daripada sekolah
menengah inggeris dan sekolah kebangsaan bagi menampung keperluan pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid ditempatkan di blok bangunan dua tingkat yang
diperuntukkan untuk sekolah bagi sesi pembelajaran. Majlis graduasi pula hanya
diadakan di kantin sekolah. Pada tahun 1978, melalui usaha gigih Lembaga
Pengarah dan En. Liew Kuan Sheng yang merupakan guru besar pertama SJK (C)
Selayang Baru, peruntukan daripada Kementerian Pendidikan telah diperolehi
untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang baru. Bilangan murid setahun
kemudian melebihi 1000 orang dan seterusnya menjadikan sekolah ini
dinaiktarafkan sebagai sekolah rendah gred A. Bangunan dua tingkat yang baru
siap dibina pada bulan April 1979.
Sehingga 1991,
kelulusan daripada Kementerian Pendidikan untuk membina 13 buah bilik darjah
baru telah diperolehi bagi menampung keperluan sekolah. Blok bangunan
pentadbiran 3 tingkat yang baru siap dibina dan digunapakai. Pada tahun 1993,
guru besar pertama telah digantikan dengan guru besar kedua iaitu En. Tan Hoe
Kim. Seterusnya, pada tahun 1995, SJK(C) Selayang Baru telah mendapat
peruntukan sebanyak RM 550 000 daripada Kementerian Pendidikan bagi pembinaan
sebuah bangunan 3 tingkat yang baru bagi memuatkan kemudahan makmal sains,
makmal computer, bilik alat bantuan mengajar serta 6 bilik darjah. Bangunan 3
tingkat yang baru siap dibina pada 1998. Pada masa yang sama, dewan serbaguna
yang baru juga siap dibina dan digunapakai hasil daripada kutipan dana yang
diperoleh melalui sumbangan antara tahun 1995 sehingga 1998.
Pada tahun 2000, guru
besar yang kedua telah digantikan dengan guru besar ketiga iaitu En. Pang Chi
Lien AMN. Di bawah pengurusannya, pada 2002, Kementerian Pendidikan telah
meluluskan untuk membina sebuah lagi bangunan 3 tingkat yang baru dan siap
dibina pada 2004. Seterusnya, En. Booi Ah Heng telah menggantikan guru besar
ketiga pada 2003 di mana banyak usaha menaiktaraf kualiti dan pencapaian
sekolah berjaya dilakukan. Peruntukan sebanyak RM 50 000 diperoleh bagi tujuan
menaiktarafkan koridor dan bumbung parkir yang lama.
Pada 1 Oktober 2007,
guru besar keempat telah ditukarkan ke SJK (C) San Yuk dan digantikan dengan
Pn. Yu Chooi Chin PPT sebagai guru besar kelima, yang juga merupakan guru besar
wanita pertama dalam sejarah sekolah. Pada 2009, sesi pengajaran dan
pembelajaran hanya dijadikan satu sesi iaitu pagi berikutan bilangan kelas yang
mencukupi dan dapat menampung bilangan murid. Selain itu, hasil kerjasama
dengan Pejabat Pendidikan Negeri, tambahan 150 kerusi dan meja, serta 10 bangku
panjang bagi kegunaan pelajar di kantin telah diperolehi. Proses menaiktaraf
infrastruktur sekolah seperti bilik agama, surau, penghawa dingin dan sistem
perparitan giat dijalankan. Julai 2009, di bawah RMK-9, sekolah diberi
peruntukan sebuah blok bangunan 4
tingkat yang baru dan mula dibina pada bulan Julai.
Pada 15 Ogos 2010, guru
besar kelima, Pn Yu Chooi Chin PTT) digantikan dengan Pn. Ng Ean Hooi selaku
guru besar keenam. Di bawah pentadbirannya, banyak perubahan telah dibuat.
Antaranya, bilik Kemahiran Hidup dan bilik seni dirobohkan, pondok menunggu ibu
bapa ( bersebelahan dengan pondok pengawal) telah disediakan serta parkir guru
yang telah dibesarkan. Pembinaan bangunan 4 tingkat baru yang diperuntukkan di
bawah RMK-9 siap pada bulan September 2010. Meja makan murid di kantin telah
digantikan dengan meja aluminium. Bangunan 4 tingkat baru mula digunakan pada
Januari 2011. Pelbagai kemudahan disediakan seperti kemudahan perpustakaan,
bilik tayangan , bilik bimbingan, bilik alat bantu mengajar, bilik Kemahiran
Hidup, bilik seni, makmal sains serta 7 bilik darjah. Bilik komputer pula
dipindahkan ke bangunan pentadbiran dan penghawa dingin dipasang di Dewan
Serbaguna sekolah. Pada Mac 2012, bumbung dataran berhampiran dengan pintu
pagar sekolah telah siap dibina selain parkir dan bumbung bagi kawasan koridor
Dewan serbaguna siap dibina pada Jun 2012.
0 comments:
Post a Comment