Aplikasi kaedah
Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat bacaan)
Hasil
pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam
kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan
pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi
dan musyafahah, guru memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan
al-Quran.
- Guru
memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat
memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.
- Guru
mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad
manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut
dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.
- Guru meminta
pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar
membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar
untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh
menguasai bacaan.
- Guru
mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka membaca
dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar
diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru
membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan
tajwid.
Melalui kaedah
ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan
kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru.
Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru
perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada
hari tersebut.
Aplikasi
kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat bacaan)
Bagi
mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat dengan
betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan
berpandukan kepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran.
- Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di
carta atau di LCD, kemudian guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar
memerhati gerak bibir guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.
- Guru meminta pelajar membaca ayat di
LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan
tajwid.
- Setelah guru berpuas hati dengan mutu
bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan
kelas.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat
membaca ayat dengan betul dan fasih.
- Guru boleh menguji pelajar dengan
meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di hadapan guru.
Aplikasi
kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat bacaan).
Aplikasi
kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar mampu
membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.
-
Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD.
Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut
bacaan secara perlahan.
-
Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat
menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara
kumpulan dan individu.
-
Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.
Aplikasi
kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru
menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru
membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru
dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
- Guru meminta
pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik
minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal
dari cakera padat.
- Guru
menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru
memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
- Guru
membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi
hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
Aplikasi
kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
-
Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal
pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD.
Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan
menerangkan cara bacaan bagi hukum tersebut.
-
Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar
diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak
tiga kali.
-
Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan
pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
Aplikasi
kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
-
Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca
secara kumpulan mengikut tahap pelajar.
-
Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan
berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz
dengan betul dan fasih.
-
Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan
meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang
dibaca.
-
Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan
guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul
dan bertajwid.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat
yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring.
-Guru mendengar
bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan
pelajar.
-Guru meminta
pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara
individu.
-Guru meneliti
bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
-Guru perlu
memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
-Guru meminta
pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan
teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
-Pelajar
diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
-Guru meneliti
bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
-Guru menyoal
pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek.
-Pelajar
menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
-Guru perlu
memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)
-Guru meminta
pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap
pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.
-Pelajar
diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
-Guru meneliti
bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
-Guru menyoal
pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Pelajar
menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Pada aras
ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul,
fasih dan bertajwid
Aplikasi kaedah
soal jawab bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru
mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap
-Guru membaca
ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
-Guru mengulang
beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru secara
kumpulan.
- Guru meminta
pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat untuk
aktiviti menghafaz ayat.
-Bersoal jawab
tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.
-Guru membaca
permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk menarik
minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.
- Guru perlu
memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.
Aplikasi kaedah
soal jawab bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
- Guru
memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal.
Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
- Guru meminta
pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
- Guru
membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz
ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta
meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat
kesalahan bacaan rakan mereka.
- Pelajar
diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
- Guru
memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar
menyebut hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut.
Guru memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
- Pada aras
ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang
terdapat dalam ayat.
Aplikasi kaedah
soal jawab bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
- Guru meminta
pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara yang nyaring.
Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
- Pelajar
menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan fasih.
-Guru
menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum tajwid
yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.
-Pada aras
tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan fasih
serta bertajwid.
6.2 Aplikasi kaedah penerangan dalam
pengajaran.
Aplikasi kaedah
penerangan bagi hasil pembelajaran aras satu.
(Ayat
kefahaman)
- Guru
memperdengarkan bacaan contoh melalui pita rakaman
- Pelajar diminta membaca ayat
kefahaman yang akan dipelajari. Guru meminta semua pelajar meneliti kalimah dan
ayat yang dibaca.
- Guru menerangkan maksud ayat dengan
menerangkan pengertian kalimah.
- Guru bersoal jawab dengan pelajar
mengenai erti ayat dan maksud keseluruhan ayat ( pengertian hidayah dan rahmat
Allah).
- Murid menyenaraikan isi penting
maksud ayat.
Aplikasi kaedah
penerangan bagi hasil pembelajaran aras dua.
(Ayat
kefahaman)
- Guru meminta pelajar menyebut erti
ayat.
- Guru menerangkan tentang isi-isi
penting dalam ayat kefahaman ( cara mendapat hidayah Allah )
- Guru meminta pelajar berbincang dalam
kumpulan (ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah).
- Pelajar membentangkan hasil
perbincangan mengikut kumpulan.
- Guru mengulas dan memberi penerangan
tentang hasil perbincangan pelajar.
Aplikasi kaedah
penerangan bagi hasil pembelajaran aras tiga.
(Ayat kefahaman)
-Guru memberi
penerangan tentang isi pelajaran maksud ayat ( akibat orang yang tidak mendapat
hidayah)
-Guru meminta
pelajar menyebut semula isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
-Guru meminta pelajar
membuat perbincangan dalam kumpulan tentang isi pelajaran ( maksud ayat )
-Murid
menyenaraikan isi perbincangan ( ciri-ciri orang yang tidak mendapat hidayah
Allah)
-Guru mengulas
pembentangan pelajar dan memberi penerangan tentang isi pelajaran seterusnya
(perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah Allah)
0 comments:
Post a Comment